Powered by Blogger.

Iklan

Kotak tisu diperbuat daripada surat khabar

Pulau Misteri - La Isla De La Munecas

Tuesday, 11 August 2015

Pulau Misteri Yang Menyeramkan

Pulau yang dikenali dalam bahasa Sepanyol sebagai 'La Isla De La Munecas'  adalah pulau misteri yang menyeramkan kerana pulau tersebut dihuni oleh PATUNG!. Kewujudan pulau ini bermula dengan Don Julian Santana yang berpindah ke sebuah pulau di Tasik Teshuilo dalam terusan Xochimilco. Tidak diketahui punca mengapa beliau meninggalkan isteri dan anak untuk menghabiskan sisa hidup di Pulau tersebut. Beliau dikatakan sering dihantui oleh roh seorang budak perempuan yang mati lemas di Pulau itu.

Sumber menyatakan beliau memancing patung2 tersebut dan menganggap patung itu adalah kanak2 yg sebenar. Beliau juga memperolehi patung2 itu daripada timbunan sampah yang dibuang oleh pemilik asal. Ada juga mengatakan beliau meletakkan semua patung2 tersebut disekeliling rumah seolah-olah seperti sebuah makam kepada roh budak yang lemas itu. Menurut sumber yang lain, budak perempuan yang mati lemas itu adalah seorang gadis muda. Walau bagaimanapun, saudara beliau mendakwa, Don Julian sekadar berimaginasi dan gila.

Don Julian telah mendekorasi pulau tersebut dengan patung2 yang berwajah menakutkan sehingga kelihatan menyeramkan dan membuat anda rasa seperti diperhatikan. Pada tahun 2001, Don Julian dijumpai mati ditempat sama budak perempuan yang mati lemas itu dalam keadaan seperti dikelar dengan pisau dan diseksa. Menurut penduduk di situ, Don mati akibat roh budak perempuan itu marah kerana Don berhenti menggantung patung kerana umur yang meningkat.

Pulau tersebut diambilalih oleh saudara2 Don Julian untuk dibuat tempat lawatan dan dikenakan bayaran. Nak tahu seram atau tidak pulau tersebut, tengok gambar2 dibawah dan anda nilailah sendiri. Wallahualam...



  



No comments:

Post a Comment

 

Time

Search This Blog

Most Reading

Blogger news

Ads 200x200

Ads 200x200

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *