Akhirnya..hahaha dapat jugak aku tgk movie Jurassic World 2015. Thanks to my niece..sanggup layan kerenah makcik die ni..hahaha (lagipun ngko pn nk tgk jugak kn). Cite tu mmg tiptop la..brapa bintang ya??10/10? yup for me..10/10 cite tu, mmg osemm..tp utk ending rase mcm kurang masin giteww..boleh di ending kn dgn lebih menarik lagi..(aiseyy, mcm aku director)..hihi
Orang2 Barat menghasilkan filem2 yg gempak, biar habis ribuan dolar tp kualiti cerita mampu meninggalkan kesan yg mendalam, Biarpn jalan cerita x masuk akal, namun itu la yg mengkhayalkan semua org. Nama pn cerita, rekaan semata2..mmg drama habissss..terbang sana, terbang sini, tembak bertalu2 satu peluru pn xkene..hero sempat lari, lompat sana sini, berguling atas batu, skit luka kt badan pn xde..jatuh dari tempat tinggi, x terseliuh pn..smpat selamatkan org lain..haaa kaww cerita rekaan kn. Jalan cerita, penghayatan penonton, tarikkan, debaran, jgn klise sgt..buat sesuatu yg penonton x jangka apa yg akn jd. Mostly cite terhebat mcm tu la..huhu
Mesti ada di antara korg2 ni yg mmg fans cite dinasour ni kn..aku?? xde la fans sgt aku suke cite2 thriller, sci-fi, tp kalo horror aku kureng skit, sejak2 meningkat dewasa ni naluri kegetaran tu tinggi..kikiki. OK, kalau la korg ni memang folo cite jurassic ni, mst korg tau yg ending setiap cite dinasour ni msti kena tutup kn..Taman Tema Dinasour tu xbertahan lama..haha well, mmg la manusia dgn dinasour xblh hidup bersama, manusia xblh jadikan dinasour tu binatang peliharaan. TAPI, adakah zaman dinasour itu wujud? dan kalau btl pn wujud, tetap xblh hidup sezaman dgn manusia..btl kn? Walau secanggih mana pn teknologi yg manusia ada, tetap xblh lawan. Itu la moral of the story cite Jurassic Movie Series ni..
Sinopsis
Filem Jurassic World berlatar masa 22 tahun selepas insiden Jurassic Park, Isla Nublar, Sebuah pulau yang terletak di tengah Amerika Syarikat berhampiran Costa Rica. Isla Nublar telah berjaya menjadi sebuah taman tema dinasour-Jurassic World. Sebuah taman tema yang menjadi impian John Hammond. Kini taman tema ini dimiliki oleh Simon Masrani (Irrfan Khan), CEO kepada Masrani Corporation. Atas permintaan Masrani Corporation, mereka telah mencipta dinosaur hibrid yang dikenali sebagai Indominus Rex sebagai tarikan terbaru. Claire Dearing (Bryce Dallas Howard), Pengurus Jurassic Park bersama anak saudaranya, Zack (Nick Robinson) dan Gray (Ty Simpkins) melawat Jurassic World bila mana dinasour hibrid berkenaan terlepas dan telah terperangkap dengan amukan dinasour berkenaan. Owen Grady (Chris Pratt) salah seorang staf taman tema bertanggunjawb menjaga sekumpulan Velociraptors. Kini ia adalah tanggungjawab owen dan kakitangan keselamatan untuk menangkap dinasour berkenaan sebelum ia semakin mengganas dan membunuh ribuan pengunjung di pulau tersebut.
No comments:
Post a Comment